Wednesday, June 9, 2010
Wednesday, March 10, 2010
berita sisipan
STPM sekolah abah berjaya menduduki tempat pertama di negeri terengganu ... syukur Alhamdulillah.
Posted by keluarga shafie at 10:52 PM 4 comments
Tuesday, February 23, 2010
Ad Dinun Nasihah tiga kali diulang oleh baginda SAw lantas para sahabat bertanyakan baginda nasihat untuk siapa, jawab baginda SAW nasihat untuk Allah,kitabnya,Rasulnya,pemimpin atau pemerintah dan umat Islam (orang awam).
Nasihat untuk Allah:
Nasihat kepada kita agar mentauhidkan Allah beriman kepadanya ,mengagungkannya serta menyedari bahawa kita semua ini adalah makhluknya yang pastinya mesti mengabdikan diri kepadaNya. Kita mesti mengawasi diri dari mensyirikkan allah SWT serta memastikan berada di atas landasan aqidah yang sahih.
Nasihat untuk Kitab Allah:
Nasihat kepada kita agarberiman dan mengagungkan Kitab Allah, Membacanya, berusaha memahami tafsirannya, beramal dengan segala kehendaknya,menjadikanya sebagai rujukan dan pedoman hidup.
Nasihat untuk Rasul:
Nasihat kepada kita agar beriman kepada semua rasul dan Nabi Muhammad yang terakhir, Mengamalkan suruhannya dan menjauhi larangannya, berusaha mengamalkan sunnahnya samada kata-kata,perbuatan,sifat dan perakuannya.
Nasihat untuk pimpinan atau pemerintah:
Nasihat kepada kita rakyat agar taat pimpinan selagi tidak bercanggah dengan syariat, menyokong pimpinan yang mentaati Allah SWT dan tidak ada taat bagi pimpinan dalam perkara maksiat.
Bagi pemimpin nasihat bagi mereka agar berlaku adil kepada rakyat, menunaikan tanggungjawab, memastikan keperluan mereka disediakan,memberi didikan, menjaga keselamatan rakyat.
Nasihat untuk Orang ramai:
Nasihat kepada orang ramai agar menjaga aqidah,ibadat,akhlak dengan kata lain menjaga hablumminallah dan habluminnas.
Posted by keluarga shafie at 11:23 AM 0 comments
Saturday, January 9, 2010
Tugas kita seumur hidup
Jadilah kamu 'Aliman (Orang alim)/Orang yang mengajar - Ulama/Guru/tenaga pengajar dll
atau Muta'alliman orang yang belajar/mengaji/mencari ilmu di sekolah/masjid/pondok dll
atau Mustami'an orang yang mendengar pengajaran/nasihat berilmu/bahan atau siaran berilmu
atau Muhibban bil ilmi pencinta ilmu- sukakan ilmu/menyokong program ilmu/beri sumbangan kewangan , tenaga, makan minum,bahan-bahan ilmu dll
awas! jangan jadi orang kelima bencikan ilmu - taknak belajar/dengar ilmu/ponteng belajar/menghalang pengajian/menghalang penjelasan ilmu
sedikit renungan
Posted by keluarga shafie at 1:40 PM 0 comments